Rencana |Perikatan Nasional Harus Menjadi Gabungan Berdaftar

Rakyat umum dan para pemerhati politik tanahair masih menunggu kedudukan muktamad gabungan Perikatan Nasional samada ia terus kekal sebagai ‘muafakat politik sementara’ atau dimuktamadkan sebagai sebuah gabungan politik berdaftar.

Keberadaan Perikatan Nasional ini secara umumnya telah diterima oleh majoriti rakyat atas kejayaan-kejayaan pemerintah ini menanggani wabak Covid-19 sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan pada 29 Febuari lalu.

‘Peperangan’ melawan Covid-19 selama empat bulan telah memperlihatkan kesungguhan pemerintah baru kerajaan Malaysia ini giat merangka pelan pemulihan ekonomi negara kesan sekatan kegiatan-kegiatan ekonomi bagi mengawal penularan wabak.

Sesuatu yang cukup mencabar buat Muhyiddin Yassin mentadbir dan menguruskan kerajaan. Beliau perlu menautkan kasih sayang dan keyakinan rakyat. Keadaan sejak bulan Mac hingga Julai benar-benar menguji kekuatan dan kesepakatan politik parti-parti yang bersama Perikatan Nasional.

Bersatu menjadi tunjang utama Perikatan Nasional dan didokongi oleh Pas, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Bersatu Sabah. Jika dipecahkan mengikut parti, ada 12 parti semuanya. Ia sebuah koalisi yang besar berbanding Pakatan Harapan yang ditunjangi tiga parti.

Walaupun Umno sudah menyatakan kedudukan tidak menyertai Perikatan Nasional tetapi mereka sepakat menyokong dan bersama mendokongi kerajaan Perikatan Nasional.

Tekanan secara langsung telah dimunculkan oleh beberapa pemuka Umno menegaskan kedudukan Umno bersama Pas dalam Muafakat Nasional, selain menggesa Perikatan Nasional menggunakan bendera dan logo Barisan Nasional pada PRU15 nanti.

Sebenarnya Umno masih dibuai perasan sebagai ‘abang besar’ yang mahu bertanding 100 kerusi parlimen. Namun MP Pasir Salak dan MP Rembau antara pemuka Umno yang menyedari situasi parti itu bahawa mereka bukan lagi ‘big brother’ sebagaimana era sebelum PRU14 dulu.

Berbeza semasa PRU-13 tahun 2013 dulu, Umno memenangi 86 kerusi parlimen yang meletakkan kedudukan Umno sebagai parti terbesar dalam Dewan Rakyat dengan jumlah melebihi angka sepertiga (74 kerusi) daripada 222 kerusi keseluruhan. Akan tetapi keadaan itu berubah mendadak pada PRU-14 dengan memenangi 57 kerusi parlimen, kurang daripada angka sepertiga Dewan Rakyat.

Umno kini mempunyai 38 MP sudah sama taraf seperti Bersatu. Mungkin kerana itu mereka masih belum ada kesediaan ke arah memperkasakan Perikatan Nasional secara serius.

Kunci kuasa pemerintahan dan politik Malaysia kini berada dalam tangan Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali. Kedua-duanya menjadi arkitek kepada pembentukan Perikatan Nasional. Mahu tak mahu, Muhyiddin dan Azmin perlu merencana strategi menjadikan Perikatan Nasional sebagai gabungan berdaftar yang sah.

Sekiranya itu terjadi, keadaan politik pasti berbeza. Mustahil sebagai orang yang memegang kunci kuasa, Muhyiddin dan Azmin hanya berdiam diri tanpa melakukan rancangan strategik. Ia turut memberi kelebihan politik kepada Blok Azmin-Zuraida khusus kepada pimpinan akar umbi bertanding di bawah nama Perikatan Nasional atas tiket ‘direct member’ jika tidak bernaung atau menyertai mana-mana parti komponen Perikatan Nasional.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: