Solat Terakhir ‘Frontliners’ Covid-19

Gambar yang cukup bermakna dari sahabat sahabat di Indonesia.
Meski tak cukup hebat untuk menceritakan peribadinya.

Nama beliau Dr Adnan Ibrahim.
Berumur 47 tahun.
Pakar perubatan (Medical)
Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar.
Beliau akhirnya meninggal dunia semalam, Jumaat yang penuh keberkahan akibat COVID 19.
Beliau antara doktor yang sedang sibuk berperang dengan virus tersebut di tempatnya.

Gambar ini adalah gambar terakhir sebelum beliau diintubasi.

Kita maklum kesan paling bahaya COVID 19 adalah pada paru paru.
Ketika paru paru dijangkiti, mula mula pesakit akan perlukan oksigen tambahan.
Jika kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit akan memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ seperti dalam gambar ini.
Pada ketika ini pesakit masih sedar.

Jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated). Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut disamping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang alan membuatkan pesakit hilang kesedaran.

Dr Adnan cukup tahu hal itu.
Lantas beliau meminta izin untuk solat sebelum prosedur tersebut.

Dan ternyata itu solat terakhir beliau.
Beliau tidak lagi bangkit sedar kembali sesudah itu.

Jangkitan yang semakin teruk akhirnya mnyebabkan beliau meninggal dunia.

Subhanallah.
Maha Suci Allah.
Dikenali sebagai doktor yang sangat baik kepada semua kalangan; senior atau junior, doktor atau bukan.

Buat para doktor; jagalah solat bahkan ketika anda bertugas.
Solatlah samada kita sedang sibuk atau tidak. Sesuaikan dengan ilmu fiqh yang luas.
Kita perlukan Allah pada saat kita tidak bekerja.

Apalagi ketika kita perlukan petunjukNya untuk merawat pesakit pesakit kita.

Kematian adalah proses yang pasti bagi kita semua.
Bukan persoalan bila, tapi bagaimana kita ketika melaluinya.

Al Fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: