Teori Kamal Hatta: PH Bina Politik Dinasti

Apabila aku kenang semula zaman demo Reformasi 98 dulu, rasa nak termuntah ingat ucapan retorik Anwar Ibrahim menolak politik kronisme, neopotisme dan korupsi. Perkara yang dia suka sebut ulang inilah dibuatnya. Kau orang mesti tak percayakan?

Aku saja nak hentak kepala kau orang supaya saraf-saraf otak kembali diaktifkan, jangan taksub buta kayu sangat dengan Anwar Ibrahim. Kelmarin pun dah heboh satu mamat ‘hamba seks RM300’ buat pengakuan bersumpah diliwat oleh Anwar. Kebetulan lagi, pengampunan diraja Anwar tak sah sebab ‘tak cukup’ syarat. Aku ramal sebelum PRU-15 akan berlaku PRK Port Dickson pula.

Bukan hal liwat yang aku nak kau orang baca. Kita dulu diajar lawan regim BN, tolak rasuah, tolak politik gaya feudal. Tapi sekarang aku tengok, PH yang amalkan politik begini. Anwar, Mahathir dan Kit Siang paling ketara bina dinasti masing-masing.

PKR paling kuat kencing. Memperjuangkan reformasi konon tapi Anwar Ibrahim dan anak beranak berada dalam hirarki tertinggi parti. Kau orang nak marah aku!? Kalau kau orang buta kayu sangat, aku hentak kepala kau orang ke dinding. Tengok hakikat PKR sekarang, Anwar adalah Presiden PKR, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden dan Wan Azizah sebagai penasihat PKR. Tiga anak beranak ini jugak adalah ahli parlimen di Port Dickson, Permatang Pauh dan Pandan.

Ini lebih dasyhat daripada Umno. Cuba kau orang sebut, ada tiap presiden Umno bina dinasti semasa masih memegang kuasa atau mandat dalam parti atau kerajaan? Mahathir pun tak buat dulu. Itu pun Mukriz anak Mahathir naik jadi timbalan menteri era Pak Lah, jadi MB Kedah pun era Najib Razak. Tapi sekarang Mahathir dah sama macam Anwar, dia buat parti baru dengan Mukriz jadi Presiden, Mahathir pun jadi penasihat parti.

DAP pun sama kencing kau orang. Tolak ketuanan Melayu konon. Agak-agak nak bercakaplah, jaga sensitiviti orang Melayu yang jadi kaum majoriti dalam Malaysia. Lim Kit Siang pun patut letak jawatan dan bersara. Cukup-cukuplah anak dia, Lim Guan Eng dan menantu dia Betty berada dalam hirarki jawatan parti.

Tunku Abdul Rahman sebagai presiden Umno dan Perikatan tak pernah membina dinasti keluarga dalam politik parti. Dato Onn Jaafar pun sama, selepas kematian beliau pada tahun 1962, barulah anak dia Hussein Onn terlibat dalam arus perdana politik negara dan menjadi PM ketiga. Cucu Dato Onn, Hishamuddin Hussein pun muncul dalam politik semasa era Mahathir. Aku bukan nak puji sangat Umno ni tapi disiplin organisasi puak Umno agak tinggi kalau nak banding dengan PKR.

PKR sebenarnya parti Anwar Ibrahim dan keluarga. Kalau ditakdir Anwar tak ada lagi, PKR berkemungkinan besar akan pupus. Itu sebab kau orang patut faham dengan mendalam tujuan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah diletakkan sebagai calon pilihanraya. Ini nak memperkasakan dinasti. Azmin dan Zuraida kena tendang keluar daripada parti sebab tak setuju ‘pengukuhan dinasti’ Anwar dalam PKR. Takkan kewujudan PKR mesti berlangsung atas faktor Anwar semata-mata!

Aku bukak otak kau orang lagi, selepas Azmin (Timbalan Presiden yang menang pemilihan parti) dipecat oleh PKR, siapa yang menjadi ‘orang nombor dua’ selepas Anwar Ibrahim? Sudah tentulah Nurul Izzah sebab dia Naib Presiden yang menang undi paling tinggi, kedua adalah Zuraida, ketiga Tian Chua dan keempat Xavier. Sudah macam ‘Trinity Power’ pulak iaitu Sang Bapak, Sang Ibu dan Si Anak.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI. Beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: