Komuniti |Zuraida Tonjolkan Toleransi dan Keharmonian Masyarakat

18 Ogos, Ampang: Ogos adalah bulan kemerdekaan di Malaysia, suatu hakikat yang diketahui oleh seluruh rakyat negara ini. Singapura dan Indonesia juga meraikan hari kemerdekaan negara masing-masing juga dalam bulan Ogos. Toleransi dan keharmonian adalah modal semangat kemerdekaan.

Hari ini, Hajah Zuraida Kamaruddin hadir ke Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SJK Tamil Ampang. Majlis ini menjadi bermakna buat pihak sekolah dengan sumbangan RM50 ribu melalui Parlimen Ampang yang disampaikan oleh Hajah Zuraida.

Kemudian Hajah Zuraida melawat dan menyerahkan sumbangan kepada Encik Chiwe Kiew Boon dan Encik Liew Soon Tai yang merupakan mangsa kebakaran di Jalan 11, Kampung Baru Cina Ampang yang telah memusnahkan sebuah bengkel dan rumah persendirian yang terdiri daripada lima buah keluarga.

Ketika wujud retorik politik pembangkang memainkan sentimen Perikatan Nasional sebagai ‘kerajaan ketuanan Melayu’, Hajah Zuraida kekal menjadi tonggak pemimpin Perikatan Nasional yang selesa meneruskan toleransi dan keharmonian melalui bakti-bakti beliau kepada masyarakat berbilang kaum.

Seiring dengan tema bulan kemerdekaan Malaysia Prihatin, inilah lagak gaya pemimpin yang disenangi masyarakat, terus bekerja dan maju ke depan menafikan tiap retorik liar politik.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: