Teori Kamal Hatta: Monyet Menari Cha-cha

Kau orang mesti pelik tajuk tulisan kali ini. Aku pinjam ayat seorang kawan fb untuk merujuk gelagat 106 MP blok pembangkang semalam.

Monyet sejenis haiwan yang tak berdisiplin. Itu sebab ada banyak perumpamaan dikaitkan dengan kelakuan monyet. Contoh yang glamour ‘macam monyet mendapat bunga’ atau ‘monyet kena belacan’. Babi hutan pun kalau berkumpulan, masih jalan berderet tak bersepah macam ayam berhamburan.

Semalam kau orang mesti baca posting macai-macai PH dok gebang yang PN hanya berdiri dengan majoriti tipis dan takkan bertahan lama. Nampak naratif ini tak mempedulikan kepentingan rakyat. PH mesti nak balun dan kecam tahap sial supaya PN nampak tak berdaya dengan kelebihan satu dua kerusi. Rumah aku pun banyak kerusi kalau kau orang nak rebut sangat.

Aku bukan nak ungkit tapi PH semasa masih berkerajaan, puak ini masih selamba kata Malaysia selamat daripada ancaman Covid-19. WHO pun dah info amaran awal penularan bakal berlaku di Malaysia. Tahap lembab dan tak cukup serius PH waktu itu telah menyebabkan wabak Covid-19 merebak pantas.

Tuhan nak tunjuk kebesaran, PH tumbang hujung Febuari lepas. Naik kerajaan baru PN. Terus tutup sempadan negara dan laksanakan PKP. Memang masaklah kita semua kena kuarantin dalam rumah, tapi langkah PN berkesan dan hasil empat bulan Malaysia dah mampu kawal wabak Covid-19.

Bukan setakat kawal, siap umum dan beri peruntukan besar untuk bantu ekonomi rakyat kesan PKP.

Kejadian semalam aku lebih yakin PH nak ‘show off’ konon mereka kuat. Tapi hal berkaitan kepentingan rakyat begitu kau orang nak tunjuk belang politik, rakyat pun boleh sedar PH bukan pilihan terbaik lagi. PH masih stim nak jadi pembangkang.

Selagi Mahathir ada, jangan mimpilah PH akan kukuh berpadu sebab Mahathir memang nak halang Anwar Ibrahim daripada menjadi PM. Kalau kau orang yang totok Anwar macam karat BN, pergi hantuk kepala kat dinding. Sedarkan diri daripada pembohongan politik Anwar.

PH semalam sama macam monyet menari Cha-cha. Kononnya berprinsip dan berjuang untuk rakyat tapi kepentingan rakyat kau orang tak ambil kisah. Monyet nak diajar menari memang takkan menjadi. Melompat-lompatlah yang dibuatnya.

Aku respect pada 111 MP Perikatan Nasional yang memastikan usaha kerajaan membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara. Harapkan PH memang kelaut, Anwar dan Mahathir saling berebut nak jadi PM.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI. Beliau merupakan aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: