Bulan Kemerdekaan |Sejarah Kota Melaka Ditawan Portugis

Genaplah 509 tahun pada tarikh 15 Ogos lepas sejarah Kota Melaka ditawan oleh penjajah Portugis yang menjadi kuasa imprealis Eropah pertama bertapak di Tanah Melayu (Malaya) yang ketika itu di bawah Kesultanan Melaka.

Portugis ketika itu diketuai oleh Alfonso De Albuquerque telah berhempas pulas lebih daripada empat bulan percubaan menawan Kota Melaka yang menjadi pusat ekonomi, pentadbiran dan bandar bersemayam sultan Empayar Melaka.

Albuquerque dan bala tentera Portugis menghadapi tentangan sengit pertahanan Melaka, situasi sangat berbeza buat Portugis yang mudah menawan dua kota pelabuhan di India iaitu Cochin dan Goa dalam masa dua tiga hari sahaja.

Walaupun ditawan oleh Portugis, wilayah Kesultanan Melaka masih berdiri sehingga kemangkatan Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528. Waris Kesultanan Melaka berkesinambungan di Perak, Johor dan Pahang selepas itu.

Peristiwa sejarah penawanan Kota Melaka ini pada 15 Ogos 1511 sangat signifikan dengan bulan kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos. Bulan ini menjadi inspirasi buat generasi menghargai kemerdekaan dan membina semangat patriotik kepada tanahair.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: