Berita Ringkas |Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Tinggi tolak permohonan 33 wakil rakyat
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Penetapan berkenaan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim selepas sesi prosiding di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan, di sini.