Berita Ringkas |COVID-19: Lonjakan kes di Itali
ROM: Itali mencatatkan lebih 1,000 kes baharu akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, angka harian paling buruk sejak perintah berkurung yang ditarik balik pada Mei lalu.
Kementerian Kesihatan Itali pada Sabtu, berkata Rom, ibu negaranya merekodkan 215 kes COVID-19 dalam tempoh sama yang disebabkan kepulangan orang ramai daripada bercuti, iaitu lonjakan kes terbesar sejak perintah berkurung pada Mac lalu.
Sejak wabak bermula, Itali sudah mencatat lebih 257,000 kes, termasuk lebih 35,000 kematian. – AFP