Berita Ringkas |PRK Slim: PN Tak Khuatir, Terus Laksana Kerja Untuk Rakyat
Perikatan Nasional tidak khuatir dengan keputusan Pilihan Raya Kecil kali ini kerana kerajaan kini melaksanakan kerja untuk rakyat, daripada peringkat kampung sehingga ke peringkat Menteri, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin.
“Tidak kira siapa kita, baik pembangkang atau kerajaan. Keperluan rakyat perlu dijadikan agenda utama.”
Beliau menyampaikan keyakinan tersebut dalam Program Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN Slim di Taman Tasik YDP, Slim River pagi ini.
_PPI