Mujadid Kepada Negara-Zuraida

22 Ogos, Kuala Lumpur: Penaung NGO Penggerak Komuniti Negara, YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam ucapan bersemangat beliau menegaskan bahawa kumpulan NGO Penggerak, Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda adalah kumpulan Mujadid kepada negara.

“Kelompok yang ada dalam dewan ini adalah kelompok yang membawa pembaharuan, pembersihan, saya hanya ada perkataan yang tepat kepada kamu semua dalam dewan ini iaitu kumpulan MUJADDID kepada negara.” tegas beliau.

“Kita harus pilih wadah politik untuk masuk ke gelanggang, membantu Bersatu jadi satu parti komponen terbesar ahli parlimennya.”

“Di atas kesepakatan, muafakat, kita setuju bersama-sama dengan Bersatu termasuk yang bukan Melayu.”

“Ini yang kita katakan masa depan politik yang amat kita harapkan, penerimaan pemimpin yang bukan berdasarkan kaum sebaliknya kebolehan, kekuatan, kepakaran dan pemimpin yang boleh bela, santuni rakyat.”

“Ingatlah, kita adalah pelindung dan pejuang rakyat Malaysia.Tiada ketaksuban kepada pemimpin dan agenda peribadi, apa yang kita lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat, generasi akan datang dan negara Malaysia secara keseluruhan.”

“Cermin diri kita, betulkan kesilapan lampau dan maju kehadapan! Kita telah terlepas tahun 2020, kita tidak mahu melepaskan tahun 2030.”

Hajah Zuraida berucap di hadapan lebih daripada lima ribu perwakilan, pemerhati NGO Penggerak Komuniti Negara, NOW, Pemuda Negara dan Wanita Muda Negara serta barisan pimpinan utama dalam Kongres Negara 2020 yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: