Berita Ringkas |Kuarantin: Menteri Tidak Terkecuali
Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius perbuatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.
Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.