Tak kejar jawatan, dahulukan kepentingan rakyat dan negara – Azmin Ali
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai agenda utama adalah lebih penting daripada mengejar jawatan, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata tanggungjawab tersebut termasuklah mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan, sekali gus membantu mengukuhkan ekonomi negara dan sistem perkhidmatan kepada rakyat.