Isu sempadan Wilayah Persekutuan – Selangor ambil tempoh lama

KUALA LUMPUR – Proses penyelesaian sempadan Wilayah Persekutuan – Selangor dijangka akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shanthara Kumar berkata, ini kerana ia melibatkan kerja-kerja pengukuran dan penandaan persempadanan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta proses susulan lain masih perlu dilakukan secara berperingkat.

Selain itu katanya, terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan berikutan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Wilayah Persekutuan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

“Isu tersebut yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum tindakan seterusnya dapat diambil termasuk meminda keanggotaan di dalam JBT dan Jawatankuasa Penandaan dan Pengukuran Sempadan Bersama Negeri (JPPSBN) daripada JPM kepada Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Oleh itu, Kementerian Wilayah Persekutuan perlu memperbetulkan keadaan ini melalui satu Memorandum Jemaah Menteri yang kini berada di dalam peringkat semakan terakhir dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) mengenai status terkini penyelesaian sempadan Wilayah Persekutuan -Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: