Penguat kuasa diprovokasi, tidak mulakan pertengkaran – MBJB
JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan sebuah video mendakwa anggota penguat kuasanya mengasari orang ramai dan menengking seperti yang ditularkan sejak Isnin lalu.
Menerusi video 25 saat itu, beberapa anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilihat bertikam lidah dengan beberapa lelaki dipercayai pemilik dan pekerja premis kenderaan di Jalan Kebun Teh sehingga dikecam netizen.

MBJB dalam kenyataannya berkata, mereka sudah membuat laporan polis terhadap pemilik premis kenderaan terpakai di Jalan Kebun Teh berikutan kesalahan menghalang tugas penjawat awam selain menyebarkan video mengelirukan di laman sosial
MBJB turut memaklumkan kejadian berkenaan berlaku Isnin lalu kira-kira jam 10 pagi berikutan satu operasi yang dijalankannya sekitar Jalan Kebun Teh.
Katanya, operasi itu adalah susulan daripada aduan yang kerap disalurkan orang awam mengenai kesesakan lalu lintas di sekitar Jalan Kebun Teh.
“Operasi kenderaan menghalang laluan di sekitar Jalan Kebun Teh diadakan selepas mendapati punca utama kesesakan lalu lintas berlaku disebabkan kenderaan ibu bapa yang mengambil anak pulang dari sekolah selain kehadiran kenderaan jualan yang diletakkan di sekitar bahu jalan, rizab jalan, petak parkir hadapan premis dan kawasan persekolahan.
BH ONLINE