Teori Kamal Hatta: Azmin & Zuraida tunjuk kekuatan akar umbi.

Aku tengok macai-macai PKR suka menganjing Azmin dan Zuraida lebih teruk daripada Najib Razak. Sebelum ini bukan setakat macai, yang kepala-kepala politik PKR pun sama cabar Azmin dan Zuraida buat parti baru atau umum secara rasmi sertai Bersatu.

Kalau kau orang perasan, yang mengeji dan menganjing kebanyakan penyokong PH. Rakyat umum tak peduli pun masalah remeh politik, yang penting menteri-menteri buat kerja untuk rakyat dan negara.

Aku hadir juga Kongres Negara hujung minggu lepas. Ini komitmen aku sebagai sokongan kepada Azmin dan Zuraida. Penggerak Komuniti Negara rupa-rupanya sudah ada ahli berdaftar mencecah 200 ribu! Bukan kecik punya bilangan. Ramai bai..bukan main-main macam Anwar tipu angka sokongan MP.

Kau orang nampak? PKR kecam keji Azmin-Zuraida konon takkan ada ramai yang ikut, tapi sekarang Penggerak Komuniti Negara yang Zuraida bikin tiga empat bulan lepas sudah sukses. Fuziah Salleh pun terkencinglah nak kumpulkan orang ramai macam ni. Pemilihan parti pun nak dapat undi lima ribu pun merangkak. Itu tanda Azmin dan Zuraida bukan setakat hebat berkata tetapi terbukti dengan kerja.

Kau orang percayalah, dengan kekuatan 200 ribu ahli Penggerak Komuniti Negara seluruh Malaysia dalam 222 parlimen, Azmin dan Zuraida akan memberi tambah nilai luarbiasa untuk Bersatu. Nak pulak PRU15 makin dekat, makin kuat kedudukan Bersatu dalam Perikatan Nasional.

Anwar dan PKR boleh siap sedia hilang deposit PRU15 nanti. Aku tak katalah PKR ni tak menang seat, menang tapi tak banyak. Silap gaya menang Permatang Pauh macam PRU-11 dulu.

Angka 200 ribu ahli yang macam ni pun orang macam Saifuddin Nasution, Dollah Sani, Johari Abdul takkan boleh dapat punya. Yang ni semua bergantung nyawa dengan Anwar Ibrahim semata-mata. Bertanding pemilihan pun kalah, jangan cerita nak buat parti baru kalau grass root pun tak ada.

Aku baca dan ramalkan Rafizi Ramli yang bakal berjaya dalam PKR akan datang. Itu pun kalau PKR masih wujud. Mamat ni ada otak, ada rasional politik walaupun emo macam ‘sotong’. Dia yang susun kekuatan Invoke satu negara. Bukan akal Saifuddin atau Rahim Gaus pun.

Macai-macai PKR dan PH akan terus menganjing isu fitnah dan remeh lepas ni. Mereka hilang modal. Kongres Negara dah membuktikan Azmin dan Zuraida ada angka sahih, ada kekuatan akar umbi satu negara, ada sokongan sayap Pemuda Negara, Wanita Muda dan Nation Of Women.

PKR paling kuat pun akan masukkan NGO-NGO blok Azmin dan Zuraida ini dalam ‘senarai haram’ mereka. Nak halang memang bukan keupayaan Anwar dan PKR lagi.

_Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI. Beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: