Kenyataan Rasmi Zuraida Kamaruddin: LGE Jalankan ‘Direct Nego’ Dua Projek KPKT

Semalam saya telah memaklumkan bahawa saya akan menyiasat tuduhan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan berkenaan dua projek yang dianugerahkan secara
Rundingan Terus oleh KPKT.


Seperti yang dijanjikan, siasatan telah dijalankan dan kini saya umumkan penemuannya.


Projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37).


Saya dengan ini mengesahkan bahawa Rundingan Terus tersebut telah dijalankan oleh mantan Menteri Kewangan sendiri, YB Lim Guan Eng.


Ini bertentangan sama sekali dengan permainan fakta yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan yang menuduh bahawa Rundingan Terus projek sisa pepejal Taman Beringin dimulakan oleh kementerian saya.


Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar, yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan telah mewakili syarikat tersebut bertemu dengan Mantan Menteri Kewangan pada 28 November 2018.

Tamrin Tun Ghaffar

Pada pertemuan inilah Lim Guan Eng, bukan sahaja membincangkan tentang rundingan semula projek ini malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10% lebih rendah daripada kos asal, kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan.


YB Lim Guan Eng kemudian menasihatkan Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal.

Seterusnya, projek tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah YB Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.


Begitu juga projek perisian Century yang turut melibatkan lima (5) Kementerian lain, turut diluluskan Kementerian Kewangan.


Saya berharap, pada masa hadapan pemimpin Pakatan Harapan dapat membuat sedikit penyelidikan tentang fakta sebelum mengelirukan orang awam.


Hajah Zuraida Binti Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
28 Ogos2020

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: