Teori Kamal Hatta: DAP sedang tutup ‘bangkai’ Projek 101 Direct Nego

Tak pernah aku henjut selang sehari menulis begini. Aku geram dengan PH nak membodohkan rakyat, supaya nampak suci.

PH dah kantoi teruk sebenarnya, Perikatan Nasional belum koyak mental lagi. DAP sahaja terlibat dengan ‘direct nego’ punya projek dengan jumlah RM4.9 bilion, daripada 27 projek berkaitan.

Kau orang jangan buta kayu dan terpedaya dengan hal projek KPKT di Perak tu, ini suatu taktik DAP dan PH untuk lindungi diri daripada kerja-kerja meluluskan direct nego. DAP perlu nampak bersih, DAP kena cepat-cepat counter strike supaya tumpuan rakyat dapat dialihkan. Itu sebab mereka bersungguh lancar serangan ke atas Zuraida.

Jangan biar DAP tuang air kencing dalam mulut kau orang. DAP sedang menutup bau bangkai. Jangan lupa bai, menteri-menteri DAP semasa 22 bulan berkuasa terlibat meluluskan direct nego dengan nilai RM 4.9 bilion!

Lagi satu jangan bodoh sangat, terima bulat-bulat macai-macai PH upahan DAP sebarkan posting FB Zuraida Kamaruddin turun melawat tapak projek di Perak tu. Ada beza kejadian. Itu projek yang diluluskan zaman BN, kemudian bertukar kerajaan, Kementerian Kewangan yang bermenterikan Lim Guan Eng bertanggungjawab meluluskan semula direct nego syarikat berkaitan. Sudah tentulah Zuraida kena ‘proceed’ urusan yang MOF luluskan.

Serangan ke atas Zuraida semalam memang taktik ‘divert issue’ oleh DAP. Sial sungguh taktik DAP ni. Jangan lupa bai, aku ingatkan kau orang DAP terlibat dengan 27 projek ‘direct nego’ yang berjumlah RM4.9 bilion!

Ini lebih dasyhat daripada BN dan Najib Razak.

Pepatah Melayu ada sebut bai, bangkai gajah kalau ditutup dengan nyiru, tetap berbau sekampung. Aku pesan kat kau orang jangan jadi bahalol dicucuk hidung dengan DAP. Ingat aku sebut lagi sekali, DAP terlibat dengan 27 projek ‘direct nego’ yang berjumlah RM4.9 bilion!

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: