Direct Nego Projek 101: Setpol Zuraida Bidas Fahmi Fadzil, Saifuddin Nasution

Setelah senarai projek rundingan terus yang diluluskan oleh YB Lim Guan Eng sewaktu menjadi Menteri Kewangan didedahkan, banyak pihak termasuk beberapa pimpinan politik PH melompat-lompat menyerang kerajaan Perikatan Nasional dan mempertahankan Lim Guan Eng.

Ini termasuklah YB Fahmi Fadzil yang riang-ria berkicau di laman twitternya dan juga YB Saifuddin Nasution yang beria-ia mahu bercakap dan cuba menjadi hero mempertahankan bekas Menteri Kewangan daripada DAP itu.

Mereka terkinja-kinja menyerang YB Puan Hjh Zuraida hanya setelah membaca senarai projek rundingan terus ada yang melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sedangkan fakta yang tepat dan nyata adalah YB Puan Hjh Zuraida langsung tidak terlibat sama sekali sama ada dalam hal rundingan , hal memberi kelulusan mahupun sebarang perbincangan berkenaan projek tersebut.

Tiada satu pun yang melibatkan YB Puan Hjh Zuraida. Ianya diuruskan terus oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu Menterinya ialah Lim Guan Eng sendiri.

Saya amat yakin dan pasti bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada menyimpan semua dokumen yang berkenaan dan mempunyai kronologi tentang bagaimana projek ini akhirnya mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk diteruskan.

Kerakusan pembangkang menyerang pemimpin kerajaan seperti ini hanyalah seakan mahu menutup bangkai gajah dengan daun pisang. Rakyat semakin meninggalkan pembangkang, demi menutup aib mereka yang kian terdedah YB Zuraida cuba dijadikan sasaran serangan murahan. Saya pasti ia akan gagal kerana kita berpegang dengan kebenaran dan fakta!

Saya juga tidak hairan dengan mentaliti kuno pembangkang yang sentiasa menyerang kerajaan kerana mereka benar-benar telah kehabisan modal politik. Yang pastinya, kerajaan Perikatan Nasional kini diyakini sebagai sebuah pentadbiran yang telus, berintegriti dan terbuka.

Hizwan Ahmad
Setiausaha Politik kepada
YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: