Teori Kamal Hatta: PKR Sabah huru-hara, berlaga keting dengan Mahathir

Punyalah suwey Anwar Ibrahim naik jadi presiden PKR. Kau orang tengok tak sampai dua tahun lintang pukang PKR.

Kononnya PKR adalah ‘big-brother’ PH, selepas menang PRU14 jadi parti besar dengan 50 MP, tapi kau orang jangan lupa sebab masa tu Wan Azizah masih presiden parti, Anwar adalah banduan Sungai Buloh. Itu status Anwar sebelum PH padam rekod Anwar sebagai banduan.

Satu persatu suwey melanda Anwar sampailah tumbang PH. Melepas nak jadi PM. Janji dah tabur sana sini. Ramai ‘funder’ India dah bengang sebab kena kencing akibat gagalnya Anwar menjadi PM.

Jangan panjang cerita bab tu…aku nak cerita hal PKR Sabah. Buat malu siot..aku dapat khabar angin yang Christina Liew pun dah tak mau dengar cakap Anwar. Dia akur kepada Shafie Afdal ooo…akur untuk guna logo Warisan dan setuju PKR tanding dua dun je!

Memang PKR Sabah dah macam hilang telor. Aku petik info google je, PRU13 dulu, PKR hebat tanding sampai 45 dun. Sekarang hanya tanding dua woiii..silalah gelak. Autonomi sangat, sampai hilang lagi empat kerusi. Aku kata PKR Sabah dah tak bertelor.

Kau orang rasa Shafie Afdal bodoh nak tunduk dengan Anwar? Dia berani titik PKR, itu pun sebab si Christina sanggup terima syarat politik asalkan dia selamat. Ahli-ahli PKR Sabah punyalah ramai, kalau tak silap aku nombor tiga teramai selepas Selangor dan Pulau Pinang. Keluar mengundi pemilihan lepas pun makan angka ribu jugak. Aku simpati nasib kawan-kawan lama aku dalam PKR Sabah. Kau orang sudah jadi parti kecil.

Aku tak nampak masa depan PKR Sabah akan kuat. Mau ke laut china selatan lepas PRN Sabah.

Lepas calon Atok Mahathir kalah PRK Slim, sudah ada seorang atok dalam PKR balun. Eloklah tu, tua sama tua yang tembak.

Syed Husin Ali, penyokong tegar Anwar dah balun terang-terang Atok Mahathir dalam twitter dia.

Ayat twitter Syed Husin; “Tun DrM baik sedar diri dan berundur. Dia takde sokongan Melayu, apatah lagi bukan Melayu. Sokongan dia membawa rebah.”

Itu ayat twitter Syed Husin, bukan ayat aku. Kau orang faham-faham sendirilah. Jangan bebal sangat. Syed Husin ni ibarat suara PKR dan Anwar. Maknanya PKR memang takkan sokong Atok Mahathir dan parti Pejuang.

Mahathir pun jangan terhegeh-hegeh nak sokong Anwar Ibrahim. Elok je teruskan berlaga keting.

Situasi semasa yang terjadi antara PKR dengan Warisan dan Pejuang membuktikan mereka dah bergaduh sesama sendiri. Masing-masing kejar kedudukan untuk politik.

Shafie Afdal pun bukan bebal, dia tau kuntau politik Anwar. Sebelum kena putar dengan Anwar, Shafie terlebih dulu sudah pegang pengerusi PKR Sabah.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI. Beliau adalah seorang aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: