Berita Ringkas |Larangan rakyat dari negara kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia
PUTRAJAYA, 3 SEPT: Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata antara negara dalam senarai sekatan itu ialah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain tiga negara yang diumumkan Selasa lalu iaitu India, Indonesia dan Filipina.
—BERNAMA