Sukan |Liga Super: JDT Belasah Perak 7-0
5 September-Johor Darul Takzim mengukuhkan kedudukan puncak Liga Super dengan kemenangan besar membelasah Perak 7-0 di Larkin, malam tadi.
JDT masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas enam perlawanan liga. Terengganu pula gagal mengurangkan defisit mata untuk mengekori rapat JDT setelah tewas dengan Melaka dengan jaringan 1-0.

Selangor dan Melaka mengutip sembilan mata setelah masing-masing menewaskan lawan, Selangor mengalahkan tuan rumah Sabah dengan jaringan 2-1.