Teori Kamal Hatta: Isu air di Selangor ibarat ‘api dalam sekam’

Kadangkala tuhan nak tunjuk hikmah di sebalik kejadian. Kelmarin (3 September) sebahagian kawasan di Kelang, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak hampir lumpuh kegiatan ekonomi kerana gangguan bekalan air.

Aku bukan nak politikkan hal ni tapi yang ramai orang berang sebab punca pencemaran air sungai berpunca daripada sebuah kilang di Rawang. Aku dikhabarkan yang kilang ni sudah pernah kena saman atas kesalahan sama! Wow…kilang ni buat lagi kesalahan sama. Kau orang rasa siapa patut dipersalahkan? Kerajaan negeri Selangor, PBT atau Air Selangor.

Air Selangor sebagai syarikat bertanggungjawab urus selia hal berkaitan sudah menjalankan tugas baik. Sebab itu mereka dapat kesan pencemaran. Aku tak bising sangat dengan Air Selangor. Aku marah sebab kilang yang buat air sungai tercemar masih beroperasi selepas kesalahan pertama dulu. Ada unsur rasuah ke ni bai? Siapa yang luluskan lesen operasi kilang ni? Yang pasti bukan menteri alam sekitar. Benda ni punca dalam kerajaan negeri Selangor dan PBT di Rawang.

Lebih kurang tiga hari bekalan air terganggu dari 3 hingga 5 September. Itu pun hari ketiga baru sikit kawasan dapat bekalan air semula.

Tengah rakyat Selangor yang terjejas bekalan air, bini MB Selangor tahap sensitiviti rendah boleh ‘up’ posting sosmed tunjuk gambar anak-anak dia seronok mandi kolam renang di kediaman rasmi. Kalau kau orang biasa-biasa, tak siapa hairan pun. Tapi kau ni bini MB Selangor! Nampak sangat kau seronok tak peduli sensitiviti rakyat bersusah payah nak urus mendapatkan bekalan air.

Aku harap ada team penasihat untuk bini MB Selangor supaya belajar nilai sensitiviti. Mungkin buat kau, posting begitu biasa tapi buat rakyat, ia suatu hal yang menyakitkan hati.

Jangan ambil mudah walaupun PH rasa bongkak menang lebih dua pertiga semasa PRU-14. Aku pun sedar hakikat PH kuat menang 51 daripada 56 dun dulu. Tapi jangan bongkak bai, BN dulu pun ada perasaan bongkak politik. Jangan kau orang duduk dalam puncak kuasa, rakyat kau buat macam benda picisan.

Ada bagus hal begini berlaku. Jangan terlalu selesa. Yang susah terkejar sana sini nak dapatkan bekalan air adalah rakyat. Yang ada tak mandi sehari suntuk pun rakyat jugak. Kau orang jangan marah apabila rakyat tegur. Jangan keluar alasan-alasan remeh.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: