Teori Kamal Hatta: Isu Air Tercemar Sungai Gong, Amirudin Hampir Terkandas!

Agak kau oranglah, kalau tak berlaku pencemaran air Sungai Gong di Rawang, apakah kerajaan negeri Selangor akan sedar wujud kilang-kilang terlibat dengan sengaja membuang bahan cemar melalui saliran terus ke sungai?

Aku cadang kerajaan negeri Selangor buat pemantau, pemutihan dan senarai hitam kilang-kilang yang terang-terangan langgar SOP keselamatan alam sekitar. Benda yang sama berulang jadi. Apa yang kerajaan negeri Selangor ni buat? Kata melestarikan alam sekitar tapi kantoi bab kilang-kilang langgar SOP keselamatan alam sekitar.

Amirudin Shari sebagai MB Selangor berada kedudukan tertekan, antara nak ambik hati Anwar Ibrahim dan nak pastikan survival politik dia terus hidup. Kalau dia tak buat, geng Invoke dah memang meletakkan nama dia dalam senarai hitam untuk dinyahkan sebagai calon PRU-15 PKR.

Sepatutnya apabila hal kecemasan air tercemar sampai terjejas satu Lembah Kelang, kau patut batalkan saja program politik di Sabah. Kita memang tau ini pembodekan untuk tunjuk dengan Anwar yang dia setia dengan PKR dan bukan dengan Azmin dan Zuraida. Tersebar pulak di sosmed banner program di Kota Kinabalu pada hari terjadinya gangguan bekalan air. Mesti akan ada macai-macai PH yang akan backup, itu program dah susun awal. Dia MB bukan ajk cabang, boleh saja dengan kedudukan dia batalkan program atas kepentingan negeri.

Lagi menyakitkan hati aku dan rakyat terbanyak, bini dia dengan selamba posting IG gambar mandi manda anak-anak di kolam renang kediaman rasmi. Kemudian up posting lori hantar bekalan bantuan air ke kediaman rasmi. Ini kegagalan seorang MB menasihati bini menjaga sensitiviti rakyat. Kau berdua tumpuan masyarakat, ‘public figure’ kalau ada yang tak faham bahasa Melayu. Sensitiviti rakyat tengah susah payah angkut bekalan air bantuan dan perlu beratur panjang tunggu giliran.

Benda dah nak selesai, barulah terhegeh-hegeh bini dia nak bantu hulur bantuan air kepada masyarakat. Itu aku kata, bini dia ni tak ada sensitiviti. Patutnya kau diam jangan over acting dalam sosmed. Mungkin ramai yang suka, tapi ada ramai jugak yang meluat.

Ini dua hal yang buat Amirudin Shari hampir tergelincir dan terkandas.

Kemudian lepas balik dari Sabah, kerajaan negeri Selangor ambik tindakan tegas kepada kilang terbabit dengan tutup operasi dan kilang dirobohkan.

Amirudin dan pasukan dia jangan selesa sangat. Isu air cemar yang berlaku sehingga berlaku gangguan melibatkan 1,292 kawasan boleh menjadi punca politik yang menjurus kekalahan PH di Selangor nanti.

Walaupun tak panjang (3-6 September), kesan kepada masyarakat agak besar. Aku tak perlu nak ulang kesan-kesan ekonomi yang dah berlaku.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: