Rakyat Kedah Bakal Menikmati Limpahan Kesejahteraan
Lawatan kerja Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YBM Hajah Zuraida Kamaruddin ke negeri Kedah baru-baru ini bakal memberi kesan positif kepada pembangunan kemudahan kesejahteraan masyarakat.
Peningkatan penduduk dan keperluan utama kediaman telah memberi inspirasi buat KPKT untuk melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kedah. Dua PPR baharu yang bakal dibina melibatkan kos RM128 juta sebagaimana yang telah diumumkan oleh Hajah Zuraida.

Beliau turut mengumumkan naik taraf dua pusat pelupusan sampah di negeri tersebut menjadi ‘waste to energy’ (WTE) yang berupaya menguruskan sampah dan sisa pepejal secara cekap di Kedah.

Dua pengumuman ini memberi limpahan kesejahteraan masyarakat di negeri Kedah (kediaman mampu milik dan pengurusan sisa pepejal) sebagai langkah KPKT meningkatkan taraf kesejahteraan hidup komuniti.
_PPI