Politik |PRN Sabah: UPKO tanding 12 kerusi, kemuka 10 muka baru

UPKO yang menjadi sekutu kuat kepada Parti Warisan Sabah bakal bertanding di 12 kerusi dun.

Parti ini juga antara empat parti yang membentuk gabungan Warisan PLUS selain Warisan, DAP dan Amanah.

Calon UPKO diketuai oleh Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Kiulu.

Diikuti dengan Naib-naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick kekal bertanding (N11 Kadamaian) dan Datuk Dr Lucas Umbul (N43 Kemabong).

Turut dicalonkan adalah Setiausaha Agung Nelson W. Angang (N 33 Kuala Penyu); Bendahari Agung Datuk Dr Laurentius Nayan Ambu (N 39 Tambunan). Dr Laurentius juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.

Selaijn itu, Timbalan Setiausaha Agung, Georgina L. George (N38 Paginatan) dan Ketua Pemuda UPKO Felix Jospeh Saang (N47 Telupid) juga antara yang terpilih sebagai calon PRN Sabah.

Turut dipilih sebagai calon adalah Junsim Rumunzing (N2 Bengkoka); Padis Majingkin (N7 Tandek); Albert Aguir (N46 Nabawan), Dennis Tweening Rantau (N49 Labuk) dan Benson Inggam (N 57 Kuamut)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: