KPKT & FINAS Bergandingan Tawar Rumah PPR Buat Artis

Lembah Subang, Petaling Jaya: Sesuatu yang amat mengujakan buat 25 artis yang terdiri daripada pelakon, dramatis dan penyanyi apabila menerima surat tawaran kediaman mampu milik.

Situasi ini agak janggal kerana tidak pernah berlaku waktu dahulu dalam era BN atau PH. Namun hal ini sudah menjadi kenyataan melalui inisiatif yang dipelopori oleh KPKT dengan kerjasama FINAS kelmarin.

Pelakon utama filem ‘Hantu Kak Limah’, Dalimawati Ismail antara yang bertuah menerima surat tawaran kediaman mampu milik PPR yang lengkap dengan perabot. Usaha besar KPKT ini bukan sekadar mengejar populariti tetapi ini adalah komitmen KPKT dan FINAS membela kebajikan komuniti seni.

Selain Dalimawati, artis-artis yang menerima surat tawaran kediaman mampu milik adalah Sheila Mambo, Alina Hassan, Aizom Othman, Hazimah Alias, Abu Bakar Ahmad, Siti Fairus Sheikh Ahmad, Adnan Mat Soom, Siti Ruwiyani Kamrol Ariffin, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussain dan Gan Gek New.

Turut menerima tawaran yang sama adalah Kamariah Ariffin, Zaleha Salleh, Mohd Mubarak Majid, Nor Azifah Zainon Abidin, Khairil Anwar Aman, Tuah Azami Ghazali, Ayati Ahmad Tasrip, Nor Albaniah Raffie, Zorida Kib Mat Piah, Harith Aton, Rohaya Samat, Rodzian Mohd Tahir, Mahmud Ali Basah dan Badrul Jailani Muhayat Ahmad.

“Seni adalah suatu kebolehan yang berupaya menyampaikan mesej berguna kepada masyarakat.” kata YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam ucapan di majlis penyampaian surat tawaran inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin fasa pertama.

Beliau turut meletakkan harapan dengan kewujudan komuniti seni di kediaman PPR akan menggalakkan penglibatan masyarakat terhadap seni disamping memperkasakan komuniti dengan aktiviti-aktiviti kesenian.

Usaha ini juga wajar diberi pujian kepada Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid yang berjaya memandu hala tuju positif sejak dilantik empat bulan lepas. Inisiatif kebajikan dan program prihatin Finas ini turut dibantu pelaksanaannya oleh CEO Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Biro Kebajikan Finas yang diketuai oleh Datuk Eizlan Yusof.

Gan Gek New

Turut hadir menyaksikan penyampaian surat tawaran kediaman mampu milik PPR ini adalah Menteri Komuniti dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Saifuddin Abdullah

Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin fasa pertama ini bakal menjadi landasan terbaik bagi pelaksanaan Dasar Komuniti Negara yang diilhamkan oleh Hajah Zuraida Kamaruddin.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: