PRN Sabah: Shafie Afdal dicabar tiga calon lain di Dun Senallang.
#PRNSABAH : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini berdepan empat lawan, termasuk anak buahnya sendiri.
Ini berbeza sama sekali dengan situasi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN berkenaan antara Mohd Shafie dengan sepupunya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, calon Barisan Nasional.
Calon bertanding dari Perikatan Nasional (PN) Norazman Utoh Nain, yang juga anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).
#PRNSabahBernama #SabahMengundi #SabahMemilih
#SabahElection2020 #SabahMongundi