Teori Kamal Hatta: Semakin diasak, semakin kuat Zuraida Kamaruddin bekerja

Selepas berlalu episod isu ‘direct nego’, Zuraida Kamaruddin semakin kuat bekerja, walaupun macai-macai PH dan PKR ada kegigihan menembak komen di sosmed Menteri KPKT ini.

Kalau kau orang perasan semalam, Zuraida Kamaruddin telah merasmikan pembukaan pejabat NGO Penggerak Komuniti Negara DUN Bukit Melawati di Kuala Selangor.

Zuraida Kamaruddin merasmikan pembukaan pejabat PKN DUN Bukit Melawati

PKR sibuk nak membunuh Zuraida di Ampang sampai terpaksa import pelakon (bekas pengerusi Finas yang bermasalah) untuk dijadikan calon PRU15 nanti. PKR sebenarnya tak ada tokoh kaliber di Ampang untuk lawan Zuraida. Kalau nak letak budak AMK yang angkut usung sana sini Hans Isaac tu pun bukan boleh pakai..kaki cari projek melalui politik. Nasiblah pelakon tu nanti kena kitai dengan mamat AMK yang suka pakai baju ‘kita budak ampang’…kah kah kah.

Berbalik hal Zuraida rasmi pejabat PKN DUN Bukit Melawati tadi, situ adalah ‘kawasan’ bekas anak didik politik Zuraida iaitu Juwairiya Zulkifli. Kesian minah ni terpaksa tunjuk ‘taat setia’ kepada Anwar dan PKR sanggup posting menganjing level macai dalam twitter.

Sindir sial Juwairiya ada dituju terus kepada Zuraida dan Dr Daroyah Alwi. Lupakan minah yang kejar glamour bodoh ni, Zuraida dan Daroyah telah membuka gerakan politik di Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

Program lawatan kerja Zuraida semalam memang pukul habis kawasan utara Selangor semalam. Bab gerak kerja begini memang Zuraida ‘champion’. Fuziah Salleh pun takkan mampu buat punya, setakat sekarang ni boleh menganjing twitter dan fb saja. Gerak kerja kumpul dan kuatkan akar umbi memang dari dulu Fuziah gagal.

Ini kerja Zuraida yang mampu buat dan bukan setakat gebang politik. Dia buktikan. Ini perempuan kalau jadi mak aku memang letih aku nak hadap kerja sepanjang masa. Itulah kelebihan Zuraida Kamaruddin yang PKR hilang.

Selepas pengumuman Zuraida dan Azmin sertai Bersatu, ramai pengikut PH kecam tahap esok nak kiamat kononnya Bersatu bakal binasa dengan adanya ‘Kartel Azmin’. Apa maksudnya ni bai?

Ini tanda-tanda nyata PH dan PKR ada ‘mental-phobia’ dengan Azmin-Zuraida. PKR berharap sangat politik Azmin-Zuraida mampus tapi tuhan itu dah ada ketentuan lain. Mahathir bawa keluar orang dia, Azmin dan Zuraida pulak bawa masuk semua ahli PKN dalam Bersatu.

MB Selangor tengah sibuk nak urus hal kilang-kilang haram tepi sungai satu Selangor. Biarkan dia pening. Dah hilang kawalan sebenarnya.

Lawatan kerja Zuraida semalam, telah memberi isyarat politik kepada PH Selangor dan pesaing politik lain bahawa ‘aku ada gerakan akar umbi di Sabak Bernam, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Tanjung Karang’.

—Kamal Hatta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: