Tahukah Anda? 16 September Hari Malaysia
Tahukah anda tarikh Hari Malaysia, 16 September juga merupakan hari kemerdekaan bagi negara Mexico dan Papua New Guinea?
Mexico, sebuah republik di Amerika Tengah telah mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol pada tahun 1810 setelah Mexico memenangi Perang Kemerdekaan Mexico ‘The Mexican War of Independence’ (Spanish: Guerra de Independencia de México)
Republik ini melalui sejarah peperangan yang sangat panjang dengan Sepanyol. Perang Kemerdekaan Mexico ini berlaku selama 11 tahun, 11 hari iaitu dari 16 September 1810 hingga 27 September 1821.

Selain Mexico, tarikh 16 September juga adalah hari istimewa buat Papua New Guinea yang menjadi Hari Kemerdekaan negara tersebut. Papua New Guinea telah mencapai kemerdekaan daripada Australia pada 16 September 1975.
Negara di Laut Arafura ini mendapat taraf pemerintahan sendiri (self-government) pada 1 Disember 1973 sebelum mencapai kemerdekaan pada 16 September 1975.

_PPI