Projek Perumahan Rakyat Seduan Sibu Dilengkapi Ciri Mesra OKU
17 September, SIBU: Genap 57 tahun Sarawak menjadi keluarga Persekutuan Malaysia, namun kerajaan tetap melaksanakan tanggungjawab membangunkan kemudahan rakyat negeri Bumi Kenyalang.
Projek Perumahan Rakyat Seduan di Sibu ini telah dijalankan sejak Oktober 2019 dan dijangka akan siap pada tahun 2023.
Projek ini terbahagi kepada dua jenis perumahan iaitu perumahan setingkat dan rumah OKU.
Sejumlah 461 unit rumah dengan setiap satu berkeluasan 700 kaki persegi. Keistimewaan perumahan rakyat ini ianya juga dilengkapi dengan surau, tadika, taman permainan dan tapak rekreasi.


Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YBM Hajah Zuraida Kamaruddin membuat lawatan julung kali ke Sibu bagi melihat progres pembinaan projek perumahan rakyat ini.

_PPI