Teori Kamal Hatta: Apabila PKR Menggunakan Strategi Orang Kalah

Ketawa aku tengok Samsul Iskandar dengan Syed Gemok PKR menembak Perikatan Nasional isu status pendaftaran.

Dua manusia ni kalau kau orang nak tau adalah manusia yang kalah dalam pemilihan PKR. Itu sebab keluar taktikal orang kalah. Level ketua penerangan nasional apa macam ni?

Syed Gemok PKR pun bertanding jawatan ketua AMK pun kalah di PJU. Hairan aku PKR guna manusia-manusia kalah pemilihan macam ni. Bertambah tak relevan parti kau jadinya.

Beriya-iya kau orang berdua nak up isu PN tak berdaftar, gabungan haram dan gesa pulak SPR batalkan penyertaan calon-calon PN dalam PRN Sabah. SPR tak bodoh macam kau orang berdua, dah tentu ada hitam putih tiap parti dan calon. Kalau tak sah, awal-awal SPR tolak pencalonan!

Samsul Iskandar sebagai orang politik yang ada pengalaman masuk bertanding pilihanraya takkan tak faham proses penamaan calon. Dulu PRU-14 kau bertanding sebagai calon PKR dan bukan Pakatan Harapan sebab waktu itu gabungan ini tak berdaftar. Kau dan calon-calon PH lain guna tiket PKR sebab ini parti berdaftar. Benda ni simple je tapi sebab nak publisiti, kau balun hal remeh supaya jadi isu besar. Itulah taktikal politik orang kalah pemilihan.

Apabila ROS dah keluar kenyataan rasmi mengesahkan bahawa Perikatan Nasional adalah berdaftar secara sah, macai-macai PH jadi kalut kemudian nak main isu ‘timeline’ proses daftar Perikatan Nasional. Itu yang si Syed Gemok PKR dok hujah. Dia ni suka gebang dan ‘kaki menyibok’ celah kangkang orang lain.

Malang PKR ada politikus begini. Percubaan dua-dua manusia kalah pemilihan parti macam ni sangat jauhlah untuk membatalkan calon-calon Perikatan Nasional di Sabah. Kau berdua ni patut berkempen kuat untuk PKR, masih tak sedar PKR hanya parti kecil yang Shafie Afdal pun tak begitu yakin boleh menang lebih daripada dua seat.

Aku cadangkan Syed Gemok PKR nanti masuk bertanding PRU-15. Kau pandai cakap, grass root pun bukan ada. Dia dan Samsul kena pastikan PKR wujud sampai PRU-15. Masuk lawan Perikatan Nasional. Itu pun kalau tercalon. Budak-budak Amirudin Shari pun dapat jugak jadi penyelaras dun tanpa perlu lawan isu remeh yang kau berdua up.

-Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: