Rencana | Prestasi 100 Hari, Buktikan Zakaria Pilihan Tepat Terajui Finas

Anda pasti ingat beberapa bulan lepas apabila Zakaria Abdul Hamid diumumkan sebagai pengerusi baru Finas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah, beliau kemudiannya mendapat kecaman hebat segelintir penggiat seni dan kumpulan politik.

Antara kumpulan politik yang hebat membuat kecaman adalah Naib Ketua AMK PKR yang melabelkan Zakaria sebagai ‘orang yang mengamalkan rasuah’ berdasarkan tuduhan beliau ‘menggunakan kedudukan jawatan selaku Setpol Menteri Kerjaraya’ untuk memberi projek kepada orang-orang politik dan dipecat oleh PKR kerana ‘kesalahan’ tersebut. Namun SPRM telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Zakaria tidak terlibat dengan tuduhan tersebut dan bersih.

Itu antara serangan jahat politik yang berniat memburukkan kredibiliti Zakaria Abdul Hamid dan isu itu turut digunakan oleh segelintir penggiat seni yang ‘buta fakta’ membuat kecaman liar bahawa lantikan orang politik sebagai pengerusi Finas dijangka bakal memburukkan situasi badan perfileman tanahair itu.

Zakaria seorang politikus yang tenang dan bukan jenis cepat melatah. Ramai rakan-rakan politik beliau tahu Zakaria seorang yang sentiasa membantu kawan-kawan yang kesusahan. Maka budi itu sentiasa menjadi ‘perisai’ diri dan akhlak beliau.

Industri seni tanahair bukan kencang sebagaimana Hollywood, Disney World atau Bollywood. Sebahagian besar pemain-pemain industri seni di tiga kuasa ini kaya-raya dan glamour. Suasana di Malaysia jauh berbeza, bukan semua artis, penggiat-penggiat dunia lakonan dan penyanyi serta kelompok sutradara menjadi kaya dan glamour seperti Hollywood. Isu kebajikan menjadi hal utama yang menekan Finas sejak sekian lama.

Langkah-langkah awal digerakkan oleh Zakaria adalah menanggani hal kebajikan penggiat-penggiat seni. Zakaria telah memandu Finas dengan gerakan prihatin turun padang bertemu penggiat-penggiat seni veteran, yang keuzuran dan mengalami kepayahan sosial bagi menjalinkan hubungan. Gerakan ini membuahkan hasil positif. Dipendekkan cerita, Finas telah dilihat kembali menautkan jalinan hubungan antara komuniti seni.

Artis-artis veteran diberikan ‘buah tangan’ bagi membantu kehidupan, penggiat-penggiat seni muda dan IT telah diberikan geran bagi menggalakkan perkembangan seni tanahair, kelompok ‘youtuber’ juga dibukakan peluang dan ruang mendapatkan inisiatif Finas dan gerakan paling sukses Finas adalah merealisasikan pemilikan rumah mampu milik buat artis-artis yang layak.

Bukan sekadar retorik, Finas telah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memulakan langkah itu dengan pemberian surat tawaran kediaman mampu milik. Ini kejayaan besar Finas yang tak pernah dibuat semasa era BN mahu pun PH.

Kredibiliti Zakaria Abdul Hamid memimpin organisasi telah menyerlahkan wajah baru Finas sebagai agensi yang diyakini membantu industri seni tanahair. Maka tidak mustahil matlamat baru Finas untuk menjadikan industri perfileman Malaysia setanding Hollywood itu mampu direalisasikan dengan perancangan strategi jangka masa panjang.

Kehendak dan harapan pemain-pemain industri dan penggiat-penggiat seni tanahair telah dipenuhi sebaik mungkin. Sudah tiba masanya untuk melihat hasil daripada pelaksanaan inisiatif-insiatif yang telah diberikan oleh Finas menjadi kejayaan untuk industri seni tanahair.

Pelantikan Zakaria Abdul Hamid berada pada titik masa yang tepat, kerana dari perspektif politik beliau menjadi penghubung jaringan strategik antara Finas dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berada dalam satu pasukan politik sama. Kebetulan yang menarik dengan sikap Dato’Saifuddin Abdullah dan Hajah Zuraida Kamaruddin yang ada kepekaan tentang seni walaupun mereka orang politik.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: