Berita Ringkas | Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
PETALING JAYA, 20 Sept — Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan dipandunya dihempap besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24, Petaling Jaya, petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata dalam kejadian pada 5.45 petang itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya. BERNAMA