EPL: The Red Devils Tewas Di Arena Sendiri
20 September, Old Trafford: Manchester United memulakan langkah kiri apabila tewas di gelanggang sendiri dalam perlawanan pertama mereka Liga Perdana Inggeris malam tadi.
The Red Devils telah dimalukan oleh Crystal Palace dengan jaringan 3-1. Lebih memilukan bekas pemain mereka, Wilfried Zaha menjadi pemusnah kepada The Red Devils. Zaha telah menjaringkan gol pada minit 74 dan penalti pada minit 85. Jaringan awal Crystal Palace oleh Townsend pada minit 7 perlawanan.

Jaringan tunggal Manchester United telah dihasilkan pada minit 80 oleh pemain gantian Van de Beek.
Perlawanan pertama ini seharusnya menjadi pembukaan cemerlang buat Red Devils bagi melakukan kebangkitan baru musim ini selepas prestasi turun naik semasa musim lepas.

Kemenangan malam tadi telah meletakkan Crystal Palace di kedudukan ketiga liga di belakang Everton dan Arsenal selepas dua perlawanan.