Rencana | Ceramah kempen Mohamadin Ketapi Jejas Sokongan Warisan

Samada bekas Menteri Pelancongan Mohamadin Ketapi seorang yang ‘palui’ atau sengaja mencari publisiti, kata-kata beliau yang bernada sinis terhadap anggota-anggota keselamatan (ATM & PDRM) mempertahankan Sabah daripada serangan militan beberapa tahun dulu adalah suatu langkah silap.

Mohamadin dalam satu ceramah kempen pilihanraya pada 20 September lepas membayangkan bahawa ‘tiada pertempuran’ berlaku dengan mengatakan hanya ayam dan anjing ditembak oleh anggota-anggota keselamatan semasa di Tanduo.

Kesilapan Mohamadin ini telah dieksploit sebaik mungkin oleh Perikatan Nasional, keghairahan Warisan memainkan sentimen ‘Sabah for Sabahan’ ini telah memakan diri. Mohamadin sebagai bekas menteri persekutuan seharusnya faham akan peranan kerajaan Persekutuan antaranya adalah tanggungjawab keselamatan dalam negeri, termasuk kedaulatan dan keselamatan Sabah.

Isu ancaman keselamatan isu Tanduo bukan sesuatu yang boleh dijadikan mainan politik semata-mata mahu menarik perhatian dan sokongan rakyat Sabah. Anak-anak Sabah juga ramai yang terlibat sebagai anggota Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM bertugas di pelusuk tanahair. Jika niat Mohamadin mahu membangkitkan sentimen ‘anti-Malaya’ ia sesuatu yang tidak sihat dalam aspek kenegaraan sedangkan negara ini baru sahaja meraikan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

Kebetulan hari ini (22 September 2020) merupakan hari pengundian bagi 16,877 pengundi awal yang sebahagian besar adalah anggota ATM dan PDRM pasti akan menyentuh emosi mereka akibat ‘keterlanjuran’ Mohamadin memperkecilkan peranan anggota-anggota keselamatan semasa melawan militan Filipina di Tanduo. Sindiran politik begitu sepatutnya tidak dikeluarkan oleh calon parti pemerintah negeri.

Walaupun sebelum bermula penamaan calon PRN Sabah, tahap populariti Warisan mencapai antara 38-41 peratus, namun kenyataan Mohamadin itu bakal menjunamkan populariti Warisan menjelang hari pengundian awam pada 26 September nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: