Rencana | Minggu Sibuk Zuraida Kamaruddin Realisasi Kesejahteraan Rakyat
Mengapa disebut sebagai minggu sibuk buat Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Hajah Zuraida Kamaruddin?
Sesudah melalui beberapa hari berkempen di Dun Merotai yang terletak di Daerah Tawau, Sabah, pulang sahaja ke Kuala Lumpur beliau terus bergegas ke program Hub Komuniti di Taman Murai Jaya, Melaka.
Kemudian hari yang sama, Hajah Zuraida telah meluluskan peruntukan sejumlah RM300 ribu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya untuk menaiktaraf saliran yang menjadi punca kejadian banjir kilat.
Belum reda lagi kisah pemberian surat tawaran kediaman mampu milik PPR kepada 25 artis veteran di Lembah Subang minggu sebelumnya, sekali lagi beliau meluluskan peruntukan sejumlah RM100 ribu untuk kerja menaiktaraf dan membina kemudahan dataran terbuka dan susur gajah berbumbung di Sekolah Kebangsaan Ampang.

Hari ini pula (22 September) beliau menyerlahkan watikah pelantikan 109 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKP) Kampung Baru melibatkan empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.
Hajah Zuraida berkesempatan memaklum bahawa sejumlah peruntukan RM100 ribu setahun akan diterima oleh kampung baru bagi tujuan pembangunan kesejahteraan masyarakat.
