Rencana | Guan Eng mahu bentuk gabungan baru?

“Kami sokong Anwar untuk mendapat jumlah (sokongan) itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu beri Shafie peluang sewajarnya untuk menjadi Perdana Menteri pertama dari Malaysia Timur.” Lim Guan Eng.

Kenyataan ini bukanlah suatu kegemparan baru tetapi ia adalah ‘cara’ DAP mewujudkan ‘pasaran baru’ politik Malaysia setelah Anwar Ibrahim dilihat gagal mencapai objektif menjadi Perdana Menteri kelapan. Ia kaedah sama semasa DAP menjenamakan ‘Pakatan Harapan’ bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang musnah pada tahun 2015 dulu.

Pulau Pinang menjadi negeri pertama mendirikan ‘gabungan baru’ Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN waktu itu. Pas telah berjaya disingkirkan dan digantikan dengan Parti Pekerja Malaysia yang dijenama semula menjadi Parti Amanah Negara (PAN).

Maka DAP telah kembali membuka ‘pasaran baru politik’ khas buat gabungan Warisan PLUS. Hal ini membuatkan Anwar dan penyokong karatnya berang, seolah-olah bayangan bahawa DAP sudah berkomplot dengan Warisan dan sekutu rapatnya untuk menobatkan Shafie Afdal sebagai calon terbaik untuk PH diangkat sebagai PM.

Kebetulan pula pada 22 September 2020, Anwar gagal membatalkan saman dikemukakan seorang peguam yang mencabar kesahan pengampunan penuh beliau.

Hari ini, (23 September) beliau membuat kenyataan media bahawa sudah mempunyai angka sokongan ahli-ahli parlimen bagi menubuhkan kerajaan baru. Sekali lagi Anwar memainkan retorik angka sokongan.

Retorik angka Anwar ini mirip cerita kanak-kanak ‘Si Gembala Kambing dengan Serigala’, kisah seorang gembala kambing yang suka mempermainkan orang-orang kampung bahawa serigala muncul ingin membaham kambing-kambing belaannya. Namun selepas tiga kali tertipu, orang-orang kampung tak mempedulikan lagi walaupun kejadian serigala membaham kambing-kambing belaannya benar terjadi. Ini bahana menipu.

Oleh sebab ini juga, Guan Eng dan DAP mungkin juga Amanah serta sekutu PH yang lain sudah hilang keyakinan terhadap Anwar. Rakyat akan terus terkenang akan Projek 16 September. Langkah-langkah Anwar untuk melakukan gerakan ‘kudeta’ sentiasa gagal.

Jika ini suatu taktikal politik Anwar untuk mengalih isu Mohamadin Ketapi yang mempersendakan anggota-anggota keselamatan dalam isu Tanduo, ia langkah ‘pembunuhan’ buat Warisan Plus dalam PRN Sabah nanti. Keadaan ini mengesahkan PH dan Warisan sudah gagal menepis kecaman dan melarikan isu Mohamadin Ketapi.

Tak mustahil Guan Eng juga sudah mempunyai pelan kontegensi untuk membuat gabungan politik baru tanpa melibatkan Anwar dan PKR bagi menggantikan Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: