Rencana | PRN Sabah: Isu keselamatan dalam negeri, Perikatan Nasional wajib jadi pilihan pengundi

Peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di Sabah khusus di Daerah Tawau menjelang PRN Sabah bukan sesuatu yang sengaja ‘dirancang’ tetapi cetusan wabak ini secara tiba-tiba berpunca daripada pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam operasi pihak Imigresen dan PDRM seminggu sebelum penamaan calon PRN Sabah.

Isu Covid-19 adalah hal keselamatan dalam negeri dan tanggungjawab ini adalah peranan kerajaan Persekutuan untuk mengurus serta menanggani wabak.

Malaysia adalah antara lima negara paling berjaya dalam kawalan dan menanggani wabak Covid-19 yang mendapat pengiktirafan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, agensi PBB). Malaysia bukan setakat mempunyai sistem cekap kawalan wabak malah turut memiliki fasiliti perubatan yang khusus untuk kawalan wabak.

Secara logika situasi, kempen Warisan yang menyerlahkan sikap ‘anti-Malaya’ sangat tidak relevan ketika wabak Covid-19 sedang memuncak di Tawau dan Semporna. Kedua-dua wilayah ini sudah berada dalam zon merah wabak.

Kempen ‘anti-Malaya’ ini cukup membahayakan kedudukan negeri Sabah sekiranya Warisan kembali berkuasa. Walaubagaimana pun, kerajaan Persekutuan akan tetap melaksanakan tanggungjawab jika Warisan terpilih menjadi pemerintah Sabah selepas PRN nanti. Itu fungsi wajib Persekutuan memastikan wabak penyakit terkawal dan tidak menjadi ancaman kesihatan negara termasuk Sabah.

Ketika situasi Covid-19 sedang memuncak di Sabah, sentimen tidak patriotik akan ‘mengancam’ potensi parti-parti tempatan yang cenderung berkempen secara radikal. Harus diingat bahawa punca wabak Covid-19 meletus adalah daripada PATI bukan rakyat tempatan. Ia juga salah satu lagi aspek keselamatan dalam negeri yang menjadi tanggungjawab besar Persekutuan menanggani hal pendatang tanpa izin yang masuk secara haram ke negeri Sabah.

Dua isu besar melibatkan keselamatan dalam negeri di Sabah waktu ini iaitu wabak Covid-19 dan isu pendatang tanpa izin perlu ditanggani tanpa jangka masa khusus, dan bukan kerana adanya PRN Sabah.

Rakyat Sabah khususnya pengundi-pengundi yang terlibat dengan pilihan raya negeri Sabtu ini wajar membuat keputusan yang betul demi kesejahteraan negeri dan bukan didorong oleh emosi politik kenegerian yang melampau sehingga melupakan ‘ancaman’ Wabak Covid-19 dan kebanjiran pendatang tanpa izin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: