Teori Kamal Hatta: Langkah Meridien-Anwar sabotaj Warisan, gerak tersirat bunuh politik Shafie

Aku menulis ketika ini dari Tawau. Nak tengok sendiri depan mata tahap sokongan rakyat terbanyak kepada Shafie Afdal dan Perikatan Nasional.

Jangan kau orang fikir Anwar saja-saja buat langkah bodoh untuk umum ada majoriti ahli-ahli parlimen. Mesti ada sebab.

Ketika banyak pihak ‘membaca’ bahawa tindakan Anwar Ibrahim membuat pengumuman bahawa beliau sudah mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang, sebagai ‘divert’ isu Mohamadin Ketapi sebenarnya ia adalah ‘langkah tersirat politik’ mahu memastikan Warisan gagal mencapai kemenangan PRN Sabah.

Anwar ada keegoan tersendiri dan keangkuhan politik beliau tidak boleh dicabar. Ini terjadi kesan kenyataan Lim Guan Eng yang mahu menjadikan Shafie Afdal sebagai calon PM buat blok pembangkang. Guan Eng berpandangan bahawa Anwar tidak berupaya menarik majoriti sokongan ahli-ahli parlimen. Anwar tak relevan dah bai. PH sendiri pun tak yakin dengan Anwar.

Anwar sangat terpukul dengan kenyataan Guan Eng tersebut. Maka tercetuslah ilham Langkah Meridien kelmarin.

Anwar hanya memberi nyawa tambahan buat Perikatan Nasional dalam baki kempen sebelum hari mengundi sabtu ini. Beliau telah menyambung ‘kebodohan’ Mohamadin Ketapi bagi menjunamkan populariti Warisan semasa tempoh kempen.

Dalam waktu yang sama, kerahan jentera PKR secara besar-besaran membantu dua calon PKR iaitu Mustapha Saamud dan Raymond Ahuar adalah taktikal serampang dua mata bagi memastikan kemenangan mereka. Ia lebih menjurus kepada pelan untuk membunuh watak Christina Liew yang kini lebih ‘taat’ kepada Shafie berbanding Anwar.

Jika Christina kalah di Api-api, manakala Mustapha atau Raymond menang dijangka rombakan kepimpinan PKR Sabah bakal dibuat secara drastik oleh Anwar. Memang akan tukar pengerusi PKR Sabah. Kau orang tengoklah nanti.

Anwar dilihat rela kehilangan Warisan daripada menang dan menyambung kuasa Shafie Afdal bakal membunuh potensi Anwar untuk menjadi PM. Ketiadaan Azmin dalam PKR sebenarnya juga melegakan Anwar tetapi apabila nama Shafie diangkat oleh Guan Eng, ia telah mencabar Anwar.

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: