Rencana | Anwar dilihat sebagai terdesak & tidak patriotik

Telah masuk hari kedua selepas Anwar Ibrahim membuat ‘kegemparan’ politik dengan mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan sekaligus mengumumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah tumbang.

Anwar mengulangi sejarah ‘retorik angka majoriti’ yang dimulai dengan Projek 16 September 2008 dulu. Nampaknya beliau tidak serik. Demi keegoan politik untuk membuktikan diri masih relevan, popular dan ‘berkarisma’, Anwar telah cuba menafikan kenyataan Guan Eng yang sebelum itu telah menobatkan Shafie Afdal sebagai calon PM blok pembangkang. Anwar dilihat sudah hilang upaya mengumpulkan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Ini langkah serampang tiga mata, pertama membuktikan beliau berupaya mendapatkan majoriti ahli-ahli parlimen. Kedua, beliau mahu meletakkan kembali PKR dalam arus politik yang telah merundum populariti di kalangan orang Melayu dan India. Ketiga adalah untuk membunuh potensi Warisan dan Shafie Afdal. Jauh sekali tindakan Anwar ini untuk ‘divert’ dan ‘coverline’ kebodohan Mohamadin Ketapi.

Berita 16 September 2008

Anwar ada sikap angkuh dan diktaktor. Kacau bilau PKR selepas pemilihan parti itu pada 2018 yang berlarutan kepada kejatuhan kerajaan PH pada 29 Febuari lalu membuktikan Anwar akan membunuh setiap pesaing yang menjadi penghalang cita-cita menjadi PM.

Rakyat umum melihat tindakan Anwar ini sangat terdesak yang ketara ‘power hunger’, dan tidak patriotik ketika negara masih lagi dalam situasi melawan Covid-19. Waktu ini tahap patriotik rakyat sangat tinggi berikutan seruan Muhyiddin Yassin yang mahu seluruh rakyat berganding bahu melawan Covid-19. Oleh kerana itu wujud cogankata ‘Kita Jaga Kita’ dan ‘Malaysia Prihatin’.

Kejayaan kerajaan Perikatan Nasional menanggani wabak Covid-19 sejak tujuh bulan lalu telah mencapai kejayaan yang diiktiraf WHO dan dunia. Kita adalah antara lima negara di dunia yang sukses melawan Covid-19.

Populariti Muhyiddin dan Perikatan Nasional melonjak ke paras 51-54 peratus manakala PH menjunam mendadak dengan sokongan sekadar 25 peratus. Ia kejatuhan begitu besar berbanding tahap sokongan dan populariti semasa PRU-14 berada di aras 64 peratus. Lebih terkesan buat PH, sokongan Melayu menjunam teruj ke paras 17 peratus.

PKR terus ketinggalan dan ‘kumpulan pengkhianat’ yang mereka gelarkan untuk Blok Azmin-Zuraida terus ke depan melaksanakan gerakan politik secara konsisten. Kelebihan kedudukan kuasa yang dipikul oleh Azmin dan Zuraida telah digunakan sebaik mungkin mengukuhkan sokongan serta menjalinkan komunikasi strategik dengan Bersatu, Pas, Star, PBS, GPS dan BN.

Ini bukan lagi siapa yang menjadi ‘tebuk atap’ tetapi kejayaan memenuhi aspirasi rakyat. Perikatan Nasional dilihat berjaya. Manakala PKR terus bergelut untuk menyakini rakyat. Hanya pentaksub Anwar dan PKR sahaja yang masih dibuai mimpi retorik angka Anwar Ibrahim. Mereka sangat yakin bahawa kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: