Berita Ringkas | Pertemuan Bincang Calon KM Sabah Antara Pimpinan PN-BN
KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor tiba di sebuah hotel di sini, sebentar tadi.
Sebelum itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba jam 12.15 tengah hari di lokasi sama.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin juga difahamkan sudah tiba namun masih belum kelihatan memasuki dewan mesyuarat.
Satu mesyuarat dipercayai berkaitan perlantikan Ketua Menteri kini sedang berlangsung.