Komuniti | Aktiviti Mendaki Erat Hubungan Masyarakat
Aktiviti mendaki bukit kini menjadi kegiatan sosial yang popular di kalangan masyarakat. Sebelum ini, aktiviti mendaki dilihat begitu ‘ekslusif’ yang hanya melibatkan peminat-peminat aktiviti lasak.
Senario itu kini sudah berbeza. Ia menjadi aktiviti lasak yang melibatkan masyarakat bukan golongan khusus semata-mata. Selain mendekatkan masyarakat dengan keperihatinan terhadap alam sekitar ia menjadi penghubung mengeratkan pergaulan masyarakat dan organisasi.
Wanita Muda Jelebu dan Penggerak Komuniti Negara Parlimen Jelebu telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Batu Sawa di Pertang, Jelebu pada 27 September 2020 lepas.
Seramai 50 orang peserta pelbagai lapisan umur terlibat menjayakan aktiviti pendakian yang bermula jam 6:30 pagi. Bukit Batu Sawa pada ketinggian 333 meter dari aras laut telah berjaya ‘ditawan’ selepas 45 minit pendakian.

