PeKT Memberdaya Komuniti

Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah suatu inisiatif yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan matlamat-matlamat Dasar Komuniti Negara.

Sebenarnya PeKT ini merupakan langkah kedua selepas Sekreteriat Muafakat Komuniti di perumahan PPR yang diwujudkan bagi tujuan memberdaya dan memperkasakan komuniti.

Apabila diteliti peranan utama PeKT, ia melibatkan lima tugasan penting yang dipertanggungjawab iaitu Bomba Komuniti (pasukan bomba sukarela), ‘Urban Farming’ (kebun komuniti), demonstrasi bomba kepada suri rumah (langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran), Trash to cash (urus bahan buangan & sampah sebagai pendapatan tambahan) dan penglibatan urustadbir bersama komuniti setempat.

Ada pihak tertentu telah menggunakan pelantikan PeKT ini sebagai modal politik untuk menyerang dan membuat kecaman kepada Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin bahawa PeKT bakal mengganggu peranan dan tugasan MPKK dan Majlis Bandaran (PBT). Mereka sebenarnya kabur atau tidak mendapat maklumat jelas peranan dan tugasan PeKT. Jauh sekali berkaitan dengan PBT dan kerajaan negeri.

Menurut Hajah Zuraida, PeKT akan melapor kepada KPKT, dan tugasan pula tidak berkaitan langsung dengan kerajaan negeri kerana PeKT dipertanggungjawab memperkasakan visi dan misi Dasar Komuniti Negara. Malah PeKT juga diberikan peruntukan pengurusan bagi menjalankan program berkaitan dan sedikit elaun.

Baru-baru ini 124 individu daripada Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor telah menerima watikah pelantikan PeKT yang disampaikan oleh Hajah Zuraida Kamaruddin di Pulau Pinang.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: