Teori Kamal Hatta: Sabah Tumbang Akibat Kecelakaan Anwar

Selesai urusan kerja-kerja aku dalam pilihanraya Sabah. Akibat kes Covid-19 naik mencanak di Tawau, aku juga dalam proses kuarantin. Pedulikan hal Covid ni, Warisan Plus dah tumbang gara-gara kecelakaan Anwar.

Anwar ni memang dah melekat sial politik sebab disumpah seranah kawan-kawan lama dia. Aku kenal perangai politik Anwar, suka janji boombastic dengan banyak orang dan banyak tak tertunai. Itu yang ramai sumpah seranah.

Teori aku mudah, elok Anwar disumbat semula ke dalam penjara. Aman negara ni. Kau orang jangan buta tuli dan bebal taksub melampau. Dia bukan wali, jauh sekali dewa.

Kau orang kena tau Anwar memang nak Shafie Afdal kalah. Ini macam kerja-kerja gelap kalahkan calon Bersatu PRK Tanjung Piai dulu sebab nak jadi modal desak Mahathir berundur. Dia memang sengaja umum ada majoriti sokongan MP khusus dari BN.

Dah PKR dapat tujuh seat di Sabah, memang sakit hati Anwar dimalukan Shafie. Itu penyebab Anwar buat Meridien Move. Konon kerajaan PN dah tumbang. Wayang kuat Anwar ni.

Kerana kemaruk nak jadi PM, PH hilang kuasa, ramai menteri PH meroyan tak berjawatan tiba-tiba, tak dapat enjoy kehidupan elit sebagai pemerintah. Melopong wakil-wakil rakyat PH kerana kemaruk Anwar.

Aku malas nak ulang sebut segala masalah dalaman PKR angkara sial Anwar, daripada hal pemilihan parti lintang pukang ahli-ahli PKR berpecah teruk tanpa ada usaha menyatupadukan semula, pecat memecat orang-orang Azmin, sampailah hal PRN Sabah.

Kerosakan politik sekarang bukan sebab BN lagi tetapi angkara Anwar. Rakyat dah letih nak layan lakonan politik Anwar dan keluarga dia. Sudah-sudahlah nak ungkit kenangan Reformasi 98. Dah bebas pun buat hal.

PKR bakal menuju jalan sukar dan akan terus menjadi ‘parti yang penuh derita’ selagi Anwar ada. Kau orang jangan jadi karat sangat, dah sama parah karat kau orang ni macam mahachai Umno. Bebal bukan bodoh lagi dah…

PRN Sabah sudah beri petunjuk nyata. PKR dan Anwar tak relevan. Suka gebang retorik. Twist benda tipu jadi fitnah besar. Tahap munafik jahanam.

Kencing hancing Anwar 2008

Anwar asyik ulang ayat sama ‘saya ada majoriti’, 12 tahun dulu aku dah dengar. Kencing hancing Anwar habis kat semua muka penyokong. Mendiang Karpal Singh pun pernah mintak Anwar bertaubat. Jangan bikin huru hara Malaysia.

Orang Sabah dah tolak PKR. PRU15 nanti memang merundum terus PKR jadi parti nyamuk. Bukan lagi parti gergasi…gergasilah sangat.

Jangan kau orang lupa, hujung tahun 2019 kajian Merdeka Center bulan November menunjukkan tahap sokongan Melayu kepada Anwar jatuh kepada 15 peratus. Kajian terbaru bulan Ogos 2020, sokongan Melayu kepada PH hanya paras 17 peratus. Kau orang rasa sokongan Melayu kat Anwar berapa pulak? Aku yakin bawah 10 peratus. Itu sebab Anwar gebang ada majoriti supaya rating populariti dia up. Puuiiiiihhhh…

—Kamal Hatta

Tulisan penulis bebas ini tidak berkaitan dengan PPI, beliau adalah aktivis dan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: