Rencana | Zuraida Tonjolkan Teladan Pemimpin Bekerja

Belum pun sempat ‘merehatkan’ keadaan selepas kempen PRN Sabah dan beberapa program padat hujung minggu lepas, Hajah Zuraida Kamaruddin telah bergegas turun ke lokasi Flat Taman Sri Berembang yang mengalami kerosakan serius.

Beliau sendiri melihat depan mata kerosakan-kerosakan serius dan mendengar keluhan para penghuni terlibat.

Setelah melihat keadaan flat terbabit, beliau menyatakan KPKT sedia memperuntukkan RM50 juta bagi memindahkan lebih 3,000 penghuni flat Taman Sri Berembang ke kawasan baharu.

Hajah Zuraida turut menjelaskan Kerajaan Negeri perlu menyediakan tanah untuk KPKT membina rumah mengikut Dasar Perumahan Negara yang berkeluasan 900 kaki persegi dan pelbagai kemudahan lain kepada penghuni yang layak diberi rumah ganti.

Beliau turut menyarankan sebuah jawatankuasa perlu dibentuk antara kerajaan negeri dan pusat bagi menyelaraskan penyelesaian. Ini bukan situasi pertama kali terjadi, malah beberapa bulan lepas kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah berlangsung dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Itulah sifat dan sikap Hajah Zuraida Kamaruddin, menunjukkan teladan bekerja untuk kepentingan rakyat. Ia suatu hakikat yang diakui rakyat dan musuh politik beliau. Pemimpin yang bekerja.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: