NGO Buat Aduan Polis, Anwar Ganggu Gugat Kestabilan Negara

Demi kestabilan ekonomi dan politik negara, Penggerak Komuniti Negara Parlimen Ampang semalam telah membuat satu laporan polis ke atas Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim atas tindakan beliau membuat kenyataan tidak patriotik bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah tumbang dengan dakwaan palsu beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Kenyataan Anwar Ibrahim tersebut telah menyebabkan pasaran saham Bursa Malaysia merundum dan Penggerak Ampang melihat keadaan ini adalah suatu bentuk sabotaj kepada ekonomi negara dan juga perbuatan khianat politik yang mahu menggagalkan langkah pemulihan ekonomi negara ketika ini.

Kenyataan beliau itu juga telah mencetuskan suasana tidak tenteram rakyat seluruh negara dan menyebabkan situasi politik berupaya menjadi situasi cemas.

Penggerak Ampang secara serius mahu tindakan tegas ke atas Anwar Ibrahim oleh pihak berkuasa kerana berupaya menggugat ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi serta keselamatan dalam negeri.

_PPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: