Rencana | Sejarah PRN Sabah yang menumbangkan gergasi politik.

Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad bin Hassan menyatakan bahawa kerjasama Umno dengan PN merugikan parti itu kerana ‘terlepas dan hilang kerusi-kerusi dun’ berpotensi dimenangi. Ini sikap politik Umno yang masih dibayangi perasaan ‘big-brother’. Walhal Umno sendiri bertanding 31 kerusi dun berbanding PN yang bertanding 29 kerusi sahaja.

Itu pun jika dipecahkan mengikut komponen PN, Bersatu hanya bertanding 19 kerusi, jauh lebih kecil jumlah berbanding Umno.

Memang benar kata Tok Mat, Umno pernah mendominasi kemenangan Sabah sejak PRN 1999 hingga PRN 2013. PRN-12 (2004), PRN-13 (2008) & PRN-14 (2013) Umno mendominasi dengan memperolehi kemenangan semua kerusi ditandingi iaitu 32/32 (2004), 32/32 (2008) & 31/32 (2013). Umno benar-benar gergasi di Sabah semasa tiga PRN ini.

Namun anjakan berlaku, Umno telah dikejutkan gelombang perubahan PRU-14 (9.5.2018), selain tewas di peringkat Persekutuan, Umno hanya berupaya memenangi 17 kerusi daripada 32 yang ditandingi. Walaupun BN menang dengan 29 kerusi pada ketika itu, awalnya koalisi ini tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. Setelah Star bersepakat untuk bersama, barulah BN mendapat angka majoriti mudah 31 kerusi bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Apa maksud peristiwa itu?
Umno sendiri telah melalui nasib politik yang pernah dihadapi oleh Usno, Berjaya dan PBS. Ketiga-tiga parti tempatan ini pernah melalui era dominasi kemenangan.

Usno pada PRN-2 Sabah tahun 1971 menang lebih dua pertiga kerusi (29 daripada 32 kerusi dun dun) tetapi semasa PRN-3 tahun 1976 Usno kalah kepada Berjaya Sabah dengan angka majoriti mudah. Berjaya menang 28 kerusi daripada 48 kerusi keseluruhan, manakala Usno hanya memenangi 20 kerusi.

Begitu juga dengan Berjaya Sabah yang mendominasi kemenangan pada PRN-3 tahun 1981 apabila menang lebih daripada dua pertiga (44 daripada 48 kerusi keseluruhan) dan Usno sekadar menang 3 kerusi sahaja!

Situasi yang dilalui oleh Umno semasa PRU-14 dan PRN-16 baru-baru ini adalah suatu petanda jelas bahawa parti itu telah memasuki fasa merundum dan mungkin kejatuhan sebagaimana USNO dan Berjaya. Kedua-dua parti ini selepas dekad 1990an terus berkubur.

Pola politik yang terjadi ini difahami oleh kelompok pimpinan dan strategis Umno, mereka nampak keadaan yang berlaku dan ada segelintir pimpinan mereka berpandangan kewajaran memperkukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional.

Pembentukan gabungan politik mengikut sentimen ‘kewilayahan’ adalah biasa dalam politik, ia bukan perpecahan tetapi taktikal politik. Semasa PRU 1990 dulu, wujud Angkatan Perpaduan Ummah (APU) antara Pas dengan Semangat 46 yang bertumpu di Kelantan dan Terengganu, manakala Gagasan Rakyat yang melibatkan Pas, Dap, Semangat 46 dan PBS bertumpu peringkat persekutuan.

Setakat ini, hanya Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang rasional menyatakan kelemahan Umno dalam PRN Sabah berbanding Ketua Pemuda Umno yang terlalu bermain emosi Umno sebagai ‘big-brother’ politik.

Annuar Musa

Umno harus muhasabah sekiranya mahu kekal relevan dalam politik negara daripada terus lupus sebagaimana nasib USNO dan Berjaya. Hakikat politik semasa wajar diteladani dan Umno harus matang menerima bahawa Bersatu memegang kunci kuasa politik Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: