Bekas barisan pimpinan PKR Jelebu sertai Bersatu
3 Oktober, PERTANG Bekas pimpinan PKR Jelebu dan sekumpulan 50 bekas ahli parti tersebut yang terdiri daripada bekas Naib Ketua Cabang, Ketua AMK, Ketua Serikandi dan beberapa AJK Cabang telah menyertai Bersatu dalam Majlis Permuafakan di Dewan Pertang, Pekan Pertang petang tadi.
Tang Jayson mengetuai kumpulan bekas pimpinan PKR Jelebu telah menyerahkan borang permohonan keahlian Bersatu kepada YB Senator Tan Sri Rais Yatim, Yang DiPertua Dewan Negara merangkap Ketua Bahagian Bersatu Jelebu.


Sebelum itu dalam ucaptama majlis tersebut, Jayson menyatakan perasaan gembira dan berbesar hati kerana Bersatu membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia.

“Sudah sampai masa kita jangan lagi bertoleransi tetapi perlu kita memahami dan menghayati perbezaan di antara kaum.” tegas Jayson.
Jayson turut menyampaikan kekecewaan beliau terhadap Anwar Ibrahim atas kegagalan membawa aspirasi perpaduan rakyat tapi beliau lebih cenderung kepada jawatan Perdana Menteri.

Beliau telah menyatakan sokongan ke atas pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Tan Sri Rais Yatim sebagai ketua bahagian Bersatu Jelebu.
_PPI