Zuraida terus bekerja, PKR kekal mengejar bayangan

Tindakan PKR mengemukakan saman RM10 juta adalah episod baru politik negara yang terjadi selepas kejayaan Perikatan Nasional meraih kemenangan PRN Sabah dengan kerjasama politik antara Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Namun tindakan PKR itu ibarat lawak politik. Semua orang satu Malaysia tau bahawa PKR memecat keanggotaan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin pada 26 Febuari lalu.

Azmin dan Zuraida setelah dipecat oleh PKR, kedua-duanya mengumumkan keluar parti bersama lapan lagi MP PKR. Mereka ini dikenali sebagai ‘G-10’.

Itu hakikat peristiwa yang terjadi. PKR memecat keanggotaan Azmin dan Zuraida. Ia menjadi titik signifikan lawak politik PKR yang mengemukakan saman RM10 juta atas sebab ‘Azmin dan Zuraida telah melompat menyertai parti lain!’

Oleh kerana itu, Zuraida dengan selamba mengabaikan saman tersebut kerana tidak relevan.

Mengapa Zuraida menjadi sasaran? PKR tau kekuatan Zuraida Kamaruddin terletak kepada gerakan akar umbi melalui NGO Penggerak Komuniti Negara. Bukan jumlah kecil setakat seribu dua ribu orang tetapi 200 ribu ahli berdaftar seluruh negara. Maka tunjang kepada kekuatan ini harus dilemahkan. Ini lagi satu hakikat politik yang nyata. Ia bukan seperti ilusi ‘majoriti angka sokongan ahli-ahli parlimen’ Anwar Ibrahim.

Zuraida jenis bekerja dan menggerakkan organisasi. Ketika wujud kecaman-kecaman sinis cytro PKR kepada tiap gerak kerja beliau, Zuraida kekal meneruskan peranan sebagai Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Akibat kerap melabel Zuraida sebagai Mak Lampir, puaka gelaran itu telah ‘menghantui’ PKR. Walaupun Azmin dan Zuraida sudah pun disingkirkan dari PKR, kebanyakan pemuka dan anggota PKR seperti gila bayang mengejar kedua-dua menteri Perikatan Nasional ini.

Tindakan saman ini gagal meletakkan PKR dalam ‘hilight’ berita utama gempar negara setelah kegemparan Anwar Ibrahim pada 23 September sebelum itu.

PKR telah mengheret seluruh kekuatan keanggotaan parti itu untuk melawan Azmin dan Zuraida sebagai musuh utama, sambil mulai mengabaikan Umno-Barisan Nasional sebagai ancaman politik.

Ketika PKR bertumpu kepada ‘kerja baru’ tersebut, Zuraida bersama Azmin terus berperanan memperkuatkan Bersatu. Manakala PKR terus hilang dinamik politik menjadi parti retorik dan ‘kekal menjadi parti penuh derita’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: