42 Operasi Sanitasi Dilaksanakan Semalam

9 Oktober 2020 (Jumaat): Pasukan Petugas Task Force Operasi Sanitasi Awam COVID-19 melaporkan sebanyak 42 operasi sanitasi meliputi 3 zon merah, 11 zon kuning dan 8 zon hijau telah dilaksanakan yang melibatkan 9 buah negeri iaitu Sabah (14 operasi), Terengganu (7 operasi), Pulau Pinang (5 operasi), Melaka (5 operasi), Pahang (4 operasi), Perak (3 operasi), Sarawak (2 operasi) serta Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 operasi) dan Labuan (1 operasi).

Secara keseluruhan, KPKT di bawah Taskforce Sanitasi Awam COVID-19 telah selesai menjalankan sebanyak 10,352 operasi sanitasi yang merangkumi 135 zon iaitu 10 zon merah, 55 zon kuning dan 70 zon hijau mengikut pengkelasan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kesemua zon merah telah dilaksanakan operasi sanitasi dan operasi taskforce ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang diputuskan bersama oleh KKM melalui PKD.

Operasi juga akan memberi keutamaan kepada lokaliti kes berdasarkan bilangan kes COVID-19 yang terkini.

Sehingga kini (30 Mac 2020 – 09 Oktober 2020), operasi telah merangkumi 13,148 premis yang terdiri daripada 2,719 pusat perniagaan, 1,604 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,632 tempat awam, 354 pasar raya dan 5,839 bangunan kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: